Ahad, 8 April 2012

Reviem Filem : Dark Flight



Tadi  saya pergi tengok wayang dengan kawan kawan.
Tengok cerita Dark Flight.
Sebuah cerita seram dari Siam yang saya harap harapkan boleh membuatkan saya takut nak pergi tandas di waktu malam.
Tapi sayangnya,cerita ni lagi banyak buat saya menguap dan ketawa daripada takut.

Ok,siapa siapa yang tengok cerita ni,lu dah kene beb,lu memang dah kene!!
Apa jadah?

Jumaat, 17 Februari 2012

Lama

Lama jugak saye tak updet belok ni.Ade la dalam sebulan lebih gamaknye.

Khamis, 12 Januari 2012

Sesaat Kau Datang

Kadang kadang bile dah takde idea dan kebosanan macam ni,saye mula la rase nak merepek.
Contohnya seperti menyepak dinding,bergaduh dengan laptop dan menggaru jerawat.

Emmm..
Tapi ade 1 perkara yang dapat menghilangkan beban mental yang saye tanggung ini.
Mendengar lagu lagu dendangan Ramlah Ram ataupun lebih sedap digelar akak Melah..

Stedi la akak Melah..
Dah main scene kolaborasi sekarang ni.
Power power.

Rabu, 4 Januari 2012

Kazeem

Kazeem,pemuda yang bertubuh sederhana,berwajah sederhana dan bepenampilan serba sederhana dan tiada yang lebih sederhana jika hendaj dibandingkan dengan Kazeem.

Kazeem lahir dari keluarga yang sederhana.
Bapanya seorang pekerja am di Tenaga Nasional Berhad,manakala ibunya pula seorang suri rumah tangga yang handal dan biasa biasa.

Kisah ini adalah kisah tentang kehidupan Kazeem,kisah bagaimana Kazeem menghadapi hidupnya yang sederhana dan tidak menarik untuk diceritakan kepada sesiapa pun.
Disebabkan Kazeem rase kisah hidupnya tak menarik,maka ceritanya tetap akan saya tulis dan karang mengikut sesuka hati saya.