Khamis, 12 Januari 2012

Sesaat Kau Datang

Kadang kadang bile dah takde idea dan kebosanan macam ni,saye mula la rase nak merepek.
Contohnya seperti menyepak dinding,bergaduh dengan laptop dan menggaru jerawat.

Emmm..
Tapi ade 1 perkara yang dapat menghilangkan beban mental yang saye tanggung ini.
Mendengar lagu lagu dendangan Ramlah Ram ataupun lebih sedap digelar akak Melah..

Stedi la akak Melah..
Dah main scene kolaborasi sekarang ni.
Power power.

Rabu, 4 Januari 2012

Kazeem

Kazeem,pemuda yang bertubuh sederhana,berwajah sederhana dan bepenampilan serba sederhana dan tiada yang lebih sederhana jika hendaj dibandingkan dengan Kazeem.

Kazeem lahir dari keluarga yang sederhana.
Bapanya seorang pekerja am di Tenaga Nasional Berhad,manakala ibunya pula seorang suri rumah tangga yang handal dan biasa biasa.

Kisah ini adalah kisah tentang kehidupan Kazeem,kisah bagaimana Kazeem menghadapi hidupnya yang sederhana dan tidak menarik untuk diceritakan kepada sesiapa pun.
Disebabkan Kazeem rase kisah hidupnya tak menarik,maka ceritanya tetap akan saya tulis dan karang mengikut sesuka hati saya.