Sabtu, 31 Disember 2011

Adab Memberi Salam

Ni pesen ape ni salam 1Malaysia ni.

Sepanjang saye bersekolah dari darjah 1 hingga darjah 6,tingkatan 1 hingga tingkatan 6,Politeknik dari semester 1 sampai semester 6,masuk alam pekerjaan,tak pernah lagi saye diajar dengan memberi salam 1Malaysia.

Nampaknya negara Malaysia yang tercinta ini semakin lama semakin tegar dikuasai Yahudi,Freemason,Illuminati dan bla bla bla.

Isnin, 26 Disember 2011

Penguin dan Domo

Ok.

Penguin dekat tepi ni makwe saye yang letak.Comel kan?
Domo tu pun makwe saye yang letak.
Sayang betul saye kat makwe saye ni.
keh keh keh.

Sekian.

Sabtu, 24 Disember 2011

Sembang Restoran Kasim

"Koi ni aji dulu dulu,memang tak pernoh terlintas langsung nak join UMNO ni.Koi mula mula terlibat ni pun sebab ade 1 hari koi terdengar ceramoh pembangkang dekat dengan rumoh koi."

Saye dan haji mengangguk angguk tanda paham dengan apa yang Azhar sembangkan.

"Kalau sebab ceramah je,koi tak kisah sangat,tapi hak buat koi mendidihnye,penceramoh tu boleh pulok mengutuk mengata pemimpin pemimpin kite hak yang dah takde.
Yang buat koi tamboh barannye lagi,ahli ahli pembangkang hak kat belakang tu siap takbir lagi.
Hati koi mule resoh.Koi tak tau macam mane nak lepaskan perasaan koi mase tu.
Sungguh aji,koi jadi tak tentu hala mase tu."

Saye dan haji masih ralik lagi mendengar sembang si Azhar ni.

"Sekali koi masuk ke bilik gerakan UMNO dekat kampung koi.
Bile koi masuk je situ,hati koi rase tenang je.Koi rase koi dah jumpe saluran yang tepat untuk koi berjuang mempertahankan hak kite,orang melayu,bangsa dan agama."

Ok.Sampai situ,saye mula buat buat kunyah ais sambil jeling jeling dekat haji.

Begitulah ceritanya bagaimana saye terjebak dengan sembang politik.

Selasa, 20 Disember 2011

Pelupa dan Taksub

Mengikut cerita nenek moyang dan kajian kajian sejarah yang telah saye lakukan selama ini,orang melayu ni ade 2 jenis je :

1- Melayu mudah lupa

2- Melayu taksub

Ha,anda dalam golongan mana???

Sabtu, 17 Disember 2011

Tearin' Up My Heart

Dulu dulu,lame punye dulu dalam tahun tahun  90an nak masuk ke tahun 2000,
ketika itu saye masih lagi bersekolah rendah dalam darjah 4 ke darjah 5 agaknya,
saye ni boleh dikatakan peminat boyband seperti Backstreet Boys,N SYNC,5ive dan bla bla bla lagi boyband dari barat.

Pehh,lagu lagu mereka ketika itu memang menusuk hati dan kadang kala boleh membuat saye turut menari ketika mendengar lagu lagu dendangan boyband ini.
Celaka.Saye tak sangka saye juga adalah seorang budak yang selenge dan kurang bertamadun ketika itu.

Cuma saye ni bukan jenis berperangai seperti makwe makwe ketika itu yang mana rata ratanya suka menampal poster poster dan lirik lirik lagu boyband boyband kegemaran mereka.
Alhamdulillah,mujur saye tidak tersesat sejauh itu.

Dan disebabkan esok cuti,saye nak melayan lagu N Sync dekat Youtube.
Peduli ape orang nak kate saye pondan.
Pergi mati la.



Power!!!

Isnin, 5 Disember 2011

Bangsat

Mase balik rehat tadi saye dapat 3 surat cinta.

Surat cinta zaman sekarang ni bukan macam surat cinta dulu dulu tulis pakai tangan siap tabur bedak kemain lagi.

Ini surat cinta moden yang dicetak oleh komputer dan dimasukkan ke dalam sampul surat khas dengan lambang Polis Diraja Malaysia.

Setan ape dapat 3 pucuk sekali surat speed trap.

Bangsat!!!

Sabtu, 26 November 2011

Hepi Befday Tu Mi dan 1433H

Selamat menyambut tahun baru hijrah 1433
Jangan ingat tahun masihi je.

Dan selamat hari jadi kepada diri saye sendiri.
27 November 2011 genap umur saye 22 tahun.
Alhamdulillah,hidup sihat walafiat lagi saye untuk 22 tahun ni.

Tenkiyu Allah SWT dengan limpah kurnia nikmat -Mu selama 22 tahun ni.
Tenkiyu very much.

Khamis, 17 November 2011

Bolasepak-Sukan SEA:Malaysia vs Indonesia

8 malam waktu Malaysia

Mari tengok siapa yang bangang dan siapa yang sayur.

Ramalan saye dua dua pun bangang.

Tim dari asia tenggara pernah main piala dunia ke???

Sabtu, 12 November 2011

11.11.11

11 NOVEMBER 2011 = 11.11.11

Kecoh mende dengan tarikh ni?
Cantik sangat ke?

Bangang.

Bawak bawak la bertaubat.

Hari jadi saye lagi bagus tahun ni.

27 November 2011 = 1 Muharam 1433

Selasa, 8 November 2011

Barbeku

Temasha barbeku ni memang dah jadi acara tahunan dikalangan saye dan membe membe saye.

Sejarah telah tertulis bahawa kami telah memulakan acara membakar ayam ni semenjak dari sebelum SPM lagi.
Tapi zaman tu bakar suke suke je pun.Tak terlintas lagi niat nak jadikan sebagai acara rasmi.

Dan kali ini,julung julung kalinya kami akan menukar menu barbeku kami daripada ayam kepada daging lembu.

Pehhhhhhhhh.

Entah jadi ke tidak.




Cara Buat BBQ (SOS) /REMPAH UNTUK DIJADIKAN BAHAN “MARINATE”
SOS BBQ (Basic)
Bahan-bahannya
1 biji bawang, dicincang halus
2 sudu besar minyak sayuran
2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula perang
4 sudu besar jus lemon
1 cawan sos tomato
3 sudu besar sos Worcestershire
1 sudu teh sos tobasco
garam secukup rasa
Cara-cara untuk buat BBQ.
Panasakan minyak dan tumis bawang sehingga kuning dan masukkan bahan-bahan yang lain. Reneh sos selama 30 min. Setelah sejuk masukkan kedalam belender untuk mendapatkan sos yang halus. Boleh digunakan untuk ayam, daging, rusuk sewaktu barbeku.
SOS PERAPAN YANG SESUAI UNTUK DAGING STEAK
(daging hendaklah diperab dengan sos sekurang-kurangnya 4 jam dan lebih baik semalaman)
Bahan-bahannya
1/3 cawan soya sauce
1/3 cawan minyak sayuran
2 sudu besar madu
2 sudu besar halia, diparut halus
1 ulas bawang putih, dicincang halus
Cara-caranya
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gunakan untuk perap daging steak yang hendak dibarbeku


kredit kepada : saye kopipes dari SINI.sekian terima kasih.

Bolasepak-Sukan SEA :Malaysia lawan Singapura

Dengar dengar cerita skuad bolasepak sukan SEA Malaysia main macam bangang tadi.

Saye tak tengok sangat.Tengok 10 minit terakhir je.

Menonton tim Malaysia main ni bukan kerje kerje orang yang makan gaji macam saye.

Ini kerje kerje mat rempit dan pegawai kerajaan je.

Isnin, 7 November 2011

Bolasepak-Pride of London vs Sayur of London


Fulham F.C lawan Tottenham Hotspur F.C.

Dua dua tim asal 1 bandar yang same yaitu London.

Cume berbeza dari segi terer dan tidak terer.


Separuh masa pertama :

Gareth Bale minit ke-10

Aaron Lennon minit ke-45

Spurs memang power mase 1st half.
Tak banyak cerita.

Separuh masa kedua :

Younes kaboul o.g minit ke-57

Spurs main macam bangang.

Fulham main macam baru lepas pekene viagra tetapi tegang semata mata,pancutnye tidak juga.Bangang.

Adebayor macam biase,sebagai pemenuh padang dan ade sebijik assist minit ke-90 +5 untuk memberikan gol ke-3 kepada Spurs yang dijaringkan oleh brader Jermaine Defoe.
Power.

Man of the match :

                                "Sayur semua,come to daddy"

Pakcik berumur 40 tahun yang memang power menangkap dan menepis bola.
Botak botak power,bukan botak botak macam Gomes.

notakaki: saye updet game yang berkaitan tim Tottenham Hotspur je.Tim lain lain sayur dan bangang.

Khamis, 3 November 2011

Suwei

Perasaan tertekan ni kadang kala boleh buat gila jugak.

Mau tak tertekan.Minggu lepas saye rase adalah minggu yang paling suwei dan takde ong bagi sepanjang hidup saye.

Balik balik dari Melaka je dah tertekan.
Suwei.
Belum lagi reda perasaan tertekan dan suwei tu,datang lagi suwei versi 2.0

Motor kene curik.Pehhhhhhhh
berganda ganda tekanan rasenye.

Memang la muke nampak kool dan masih boleh main gim dan pekena limau ais dekat kedai mamak,
tapi dalam hati sape yang tahu??
Tuhan je yang tahu.

Dulu-permulaan

Saye seorang yang suke mengenang kisah lalu padahal mulut dan hati selalu mengatakan masa lalu adalah sampah.Mengenang kisah lalu menurut kata mulut dan hati saye adalah perkara yang tak berfaedah sebab kalau kenang macam mane pun,mende yang dah berlalu tetap berlalu.
Pehhhhhh..ayat yang sungguh puitis bagi saye.

Dan kembali kepada kisah saye yang suke mengenang kisah lalu,saye suke mengenang kisah kisah yang menyentuh jiwa dan perasaan.Bukan bermakna saye seorang lelaki yang jiwang dan kalau ye pun tak menyusahkan kaum kerabat sesiapa pun kan kalau saye jiwang.ptuihhhhh.

Sudah sudah la merepek,kembali kepada cerita asal.
Kalau dikenang kenang,diingat ingat dan dikorek korek semula,kisah hati dan perasaan saye ni dah bermula sejak saye sekolah rendah lagi,sejak saye darjah 5.
Pehhhhhhh boleh tahan jugak matangnye saye rupenye.Untuk meminati perempuan sejak usia 11 tahun memang 1 kerja yang bukan calang calang orang boleh buat.
Itu membuktikan saye memang tak same dengan kanak kanak seusia saye ketika itu.

Tapi abaikan kisah yang bermula sejak darjah 5 tu.Kisah yang diceritakan mase itu takde guna pun.
Zaman zaman belum baligh ni cinta ape la sangat kan.
Kalau setakat minat minat macam tu je tak layak lagi nak disembang kepada khalayak.ptuihhhhhhh.

Saye akan ceritakan kemudian,kisah bagaimana daripada seorang remaja lelaki yang langsung tak minat ambik tau pasal gadis gadis,bertukar kepada seorang lelaki yang cube memikat gadis.
Ya,gadis sahaja.Saye bukan kaki gadis yang suke try banyak banyak.

Kemudian hari..

Rabu, 2 November 2011

Penulis

Untuk menjadi seorang penulis yang prolifik dan memiliki banyak naskhah yang menjadi jualan laris merupakan salah satu impian saye.

Dulu dulu la mase kecik kecik.
Tapi sekarang ni dah tinggal angan angan.Menulis kat belok pun dah malas inikan pulak nak buat buku.
Ptuihhhhhh.

Tapi tak mustahil 1 hari nanti mungkin saye akan menjadi seorang penulis yang caca marba.
Tulis ikut suka hati,suka hati yang penting kita hepi..hepi hepi..yang penting kita hepi.

Melalut kat sini takde makna.
Perut pun dah lapar.Nasib baik gaji dah masuk.
Kah kah kah!!!

Isnin, 31 Oktober 2011

Kehilangan

Saye yakin hampir 100 peratus penduduk atas bumi ni mesti pernah mengalami kehilangan barang.
Tak kisah la barang penting ke tak sekalipun,yang penting pernah hilang barang.
Tu belum kire yang pernah hilang barang kesayangan.Pehhhh..tapi saye rase paling syaitan sekali ialah apabila barang kesayangan yang hilang itu adalah disebabkan dicuri maupun dirompak.

Pedih pedih pedih.

3 kali perkataaan pedih ni dah cukup menggambarkan betapa pedihnya hati dan perasaan saye yang baru je kene kebas motosikal Yamaha 135LC,motor paling kool sepanjang zaman.

Motor kesayangan saye telah dikebas semalam,hari ahad bersamaan 30 oktober 2011 antara jam 9 pagi hingga 2 petang.
Ape setan sangat orang zaman sekarang ni.Kalau tak menyusahkan orang lain memang tak sah hidup.
Dasar anak haram.Ptuihhhhhhh.

Rest in peace motor power saye.
Terima kasih di atas khidmat cemerlang yang telah kau berikan.
Pehhhhh

Rabu, 19 Oktober 2011

Citewwww Kitewww Jewwwww..

Kalau nak bercerita tentang cinta ni,saye rase sampai kiamat pun belum tentu habis.Jadi lebih baik saye kecikkan dulu skop cerita ni kepada hubungan sesama manusia ataupun untuk lebih kecik lagi hubungan antara lelaki,perempuan,lelaki,perempuan dan mungkin kadang kadang ada juga pondan untuk kes kes tertentu.

Bercerita tentang cinta ni sememangnya antara topik feveret saye.Ye la,sape tak suke bercinta kan.Yang tak suke bercinta tu samada die memang bangang ataupun die memang lahir takde nafsu.

Kisah cinta saye.
Kalau nak dikenang kenangkan,memang tak berbaloi pun untuk dikenang.
Sebuah cerita biase yang memang kalau dibukukan pun takkan laku untuk dijual,kalau difilemkan pun takkan dapat sambutan yang boleh kasi balik modal.

Pehhhh.

Tapi semua orang pun ada jalan hidup masing masing dan begitu juga dengan kisah hidup dan pengalaman masing masing.
Saye bukan penulis hebat yang mempunyai idea mencurah curah seperti air terjun Niagara yang mampu mencurahkan pelbagai kisah menarik dan tidak jemu dibaca.
Juga saye bukan seorang pelawak yang mampu membuatkan orang lain ketawa sampai lupa dunia dengan menulis kisah kisah yang kelakar.

Saye cuma seorang yang nak menulis di dalam belok ini dengan sesuka hati dan tiada halangan.
Nak bace,bace..taknak bace sudah.
Bukan dapat duit pun tulis binatang inii.


Lain kali la cerita pasal kisah cinta.Saye nak reka reka ayat dulu kasi sembang kencang sikit.

Selasa, 18 Oktober 2011

Sumbangan

Okeh.3 keping kupon mekdi dah pun siap dicetak.

Dicetak dengan menggunakan printer dan kertas hak milik opis.

Kalau bos saye berkire memang saye belanje die makan mekdi kejap lagi.

Alah berapa posen sangat kalau nak dibandingkan dengan sumbangan saye terhadap kampeni die.

Ahad, 16 Oktober 2011

Sejarah

Sudah sudah la mengenang sejarah tu.

Dari ahli politik,profesor,pensyarah,penjawat awam dan swasta sampai la ke budak budak belajar universiti dan budak budak sekolah.
Semua tak habis habis nak mengenang sejarah.

Bangang.

Mende mende sejarah ni tak boleh nak ubah dah.
Kenang 500 juta kali pun sejarah takkan berubah.

Saye rase menyesal sebab dapat A1 untuk subjek sejarah mase SPM dulu.

Sabtu, 15 Oktober 2011

Untitled

Sesampainya saye ke rumah makwe saye,saye bertindak memberi salam.

"Assalamualaikum.Yana oooo Yana.."

Sunyi sekejap.

"Walaikumsalam.masuk la b"

Pehhhh makwe saye jemput saye masuk tapi dimanakah mak dan bapak mentua saye berada?
Kenapa rumah sunyi je ni?

"Mak ngan ayah keluar.Kejap lagi diorang balik."
"Meh la masuk bilik orang ni b."

Pehhhhh ape babi ni??Kenapa situasi sebegini boleh terjadi???
Tak boleh.Saye tak boleh buat perkara sebegini kerana ianya akan mengundang fitnah masyarakat dan Jabatan Agama Islam Selangor.

Tapi saye juga insan biasa.Saye tak mampu menahan diri daripada melangkah masuk ke dalam bilik makwe saye.
"B baring la dulu.Orang nak bersip dulu ni k."kate makwe saye.
"Orait.Cepat sikit bersiap tu sayang."jawab saye dalam nada separa miang.

Usai makwe saye bersiap,makwe saye telah mengajak saye untuk keluar ber-dating.

"B gerak dulu,nanti orang jumpe b kat kedai makan depan tu ok."
"Orait.'jawab saye ringkas.

Entah berapa puluh  minit saye menunggu makwe saye tak muncul muncul jugak.Saye naik berang dan mule rase menyirap kerana beranggapan makwe saye telah mengencing saye.

"Woi mirul jom la tumpang aku.Ko nak pergi rumah makwe ko kan??"ujar Azri Azhar yang tibe tibe muncul dengan kereta buruknye entah dari mane.

"Haah.tenkiyu tenkiyu."
"Boleh cepat sikit takAzri.Aku ade date ngan makwe aku ni"

"Sabar la b.Kite tengah naik bukit ni.Memang la slow sikit."Jawab si Azri.

Saye terpikir dalam hati.
"Aikkkk.bukan makwe aku je ke panggil aku b???Macam mane si Azri ni boleh panggil aku b??"

Saye turun dari kereta dan berlari sekuat hati menuju ke rumah makwe saye.

Sesampainye saye di rumah makwe saye,saye melihat kereta Proton Saga FL saye telah menjadi kreta Proton Saga FL versi mini.

"Aikkkkk.Apesal kereta aku jadi kecik ni???Macam mane nak bawak macam ni??"

Dalam pening pening memikirkan segala keajaiban yang berlaku itu,saye sempat menjenguk kepala ke dlam rumah makwe saye dn memberi salam.

"Assalamualaikum.Yana ade makcik??hehehe."

Kelihatan mak mentua saye sedang duduk bersandar di atas kerusi dan ade 3,4 orang sedara  makwe saye sedang mundar mandir didalam rumah sambil menjeling ke arah saye.

"Walaikumsalam.Masuk la Mirul.Yana ade kat dalam.Sekejap ye."Mak mertua saye tersenyum manis tanda berkenan dengan saye sebagai menantu beliau.

Sejurus kemudian makwe saye melangkah keluar.Dengan hanya memakai baju kelawar,makwe saye tersenyum manis ke arah saye tanpa sebarang tutur kate memberi alasan.

"Kenapa sayang lambat ni??Puas b tunggu.."ujar saye dalam nada bersabar.
"Hehehehe..bile mase orang cakap nak keluar dengan b hah??hehehe.."Makwe saye gelak gelak sambil megusap usap perut die yang sedang membulat.

Sedang membulat???celaka ape ni???adakah die sedang mengandung??
Tapi anak siapa??Sye tak pernah lagi buat mende tak senonoh apatah lagi perbuatan zina yang dimurkai Allah SWT..
Muka saye buruk sekejap untuk bebrapa ketika.

"Ehhh b,lame dah sampai.Sori la orang ikut mak ngan ayah keluar sekejap tadi..hehehe"Muncul seorang gadis berbaju kurung putih corak bunga bunga menyapa saye.

Saye jadi terkejut kerana gads tersebut mirip wajah makwe saye.

"Ehhhhhh..sayang..ni sayang jugak..ehhhhhhhhhh..???"Saye kehairanan bin pelik.

"Tu akak kembar Yana."Mak mertua saye bersuara.

Muka saye buruk kembali untuk beberapa minit.

Kenapa???Kenapa saye tak tau yang makwe saye ade kembar selama ni????
Kenapaaaaaaaaaaaaa???????





12.15 minit tengah hari.Saye terjaga dari tidur.

"Mimpi celaka ape tadi tu???"
Saye cuba merenung kembali mimpi yang sangat aneh tersebut.

True

Kat Malaysia ni siape yang paling power??

Najib???
Pak Lah???
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj????
Dr. M in da house??????

Ataupun mereka mereka seperti :

Pakcik Anwar Ibrahimovic???
Saipul Boka-ri???
K.Pathmanaban????

atau,
Chin Peng dan David Arumugam???

Jawapannye tidak.
Takde sorang pun yang cukup power lagi true kat Malaysia ni melainkan

Dato' Dr. Haron Din.

Ade orang yang lagi power dari die ni??Ade??Ade??
Saye selalu sangat dengar cerita betapa powernya Dato' sorang ni kalau bab bab mengubat orang sakit misteri.
Dato' memang true.Hidup Dato'!!!

Jumaat, 14 Oktober 2011

Dekat

Memang kadang kadang kita tak sedar,apa yang kita cari sebenarnye selalu ade dekat dengan kita.

Nak kate tak cari,bertahun tahun dah mencari.Sampai kadang kadang boleh buat putus asa la jugak kalau semangat tak kental.

Dan bagi saye,perkara ini betul betul berlaku,tadi.

Jumpe jugak akhirnye dengan lagu yang saye cari cari siape penyanyi dan tajuk lagunye setelah lebih kurang 5 tahun jugak la mencari.
Rupenye dekat sangat.Baru tadi jumpe lepas google google.

Percutian 2

Seperti yang dirancang sebelum ini,saye memang bercadang untuk bercuti dan makan angin.
Tetapi percutian tersebut mestilah berasaskan pantai,pulau dan air masin.
Kalau setakat air sungai baik tak payah pergi bercuti.Lepak dekat esplanade Temerloh cukup dah rasenye.

Dalam otak saye sekarang,ade 4 tempat paling solid dan match dengan kriteria percutian yang saye inginkan.

Tempat tempat tersebut :


Pulau Langkawi



Pulau Tioman


Pulau Redang


Pulau Perhentian


Pehhh kalau dapat pergi bercuti kat salah satu pulau ni memang saye bergambar sakan la jawabnye.

Pehhh pehhhhh tak sabar menunggu nak bercuti ni.

Saye harap harap ade yang rekomen kat saye mane 1 yang patut saye pergi ni.

Khamis, 13 Oktober 2011

Impian

Sebagai seorang penyelia tapak dan bakal arkitek di sebuah kampeni perunding kejuruteraan,saye telah memasang impian yang sangat power.

Impian saye adalah untuk memiliki rumah banglo,kereta mahal mahal 3 bijik,seorang isteri yang bakal melahirkan anak anak saye dan juga memiliki perniagaan sendiri yang kalau boleh hendak lah bertaraf dunia.

Pehhhhh.
Itu jam saye nak goyang kaki di rumah sambil merepek di dalam belok dan jugak fesbuk.

Tetapi nampaknya impian saye itu masih lagi jauh menyayup nun jauh di sana.
Nak kahwin pun tak mampu lagi.

Kesian makwe saye terpaksa tunggu lame lame

Selasa, 11 Oktober 2011

Politik

Bile pikir pikir balik,saye memang jenis tak berkenan sangat dengan ahli politik,kaki politik dan kutu politik ni.

Jadi tak payah nak berharap sangat nak jadi menantu saye suatu hari nanti.
Komfem awal awal saye rejek.

Belanjawan

Belanjawan Haram Jadah 2012.

Mungkin dah terlambat sikit untuk saye tulis pasal belanjawan haram jadah ni tapi sape peduli.
Saye bayar bil internet tiap tiap bulan.Lantak la saye nak buat ape pun kan kan kan???

Berbalik kepada kes belanjawan haram jadah ni,sebab ape saye panggil belanjawan 2012,2013,2014,2015 dan yang akan datang dan yang lepas tu sebagai belanjawan haram jadah??

Sebabnye suke hati saye la nak panggil ape pun.
Belanjawan gila 2012 ke,belanjawan bangang 2012 ke,belanjawan cendekiawan 2012 ke dan bla bla bla lagi sebab saye bayar bil internet tiap tiap bulan dan belok ni saye yang punye.Puihhhhhhhh

Seronok jugak kerje jadi arkitek syarikat swasta ni.boleh maki maki orang kerajaan dan kroni kroni mereka suke suke hati.
Kah kah kah!!!

Membe saye nak mengorat,tapi....-Bab 1

Malam malam syahdu macam ni memang power rasenye kalau nak bercerita perkara perkara jiwang ni.Nak nak pulak saye tengah dengar lagu Amy Mastura-Kembalilah.Cukup untuk menggamit memori indah zaman percintaan saye dulu dulu.

Nanti kejap,seumur hidup saye,saye cume pernah bercinta sebanyak 2 kali.
Kali pertama ketika tingkatan 4 dan hubungan tulus itu cume bertahan 1 hari je sebab saye rase masih terlalu muda untuk memulakan sebuah hubungan yang serius dengan seorang gadis.kah kah kah!!!
Tipu je.Padahal saye rase tak sedap pun ade makwe mase tu.Mase nak mengorat memang la rase sedap,tapi bile dah komfem jadi makwe rase cam tak best pulak.Kemain....

Kali kedua saye menjalinkan hubungan mesra sebuah percintaan hanyalah lebih kurang 4 tahun selepas itu ketika berusia 21 tahun(tahun 2010).
Kali ini saye telah insaf dan serius dalam menjalani percintaan ini kerana saye tak nak lagi menghancurkan hati seorang gadis.Lagipun gadis yang saye ngorat ni memang saye suke.
Macam mane saye suke,saye sendiri pun tak tau.Jadah ape saye nak ambik tau semua tu.
Ahhhhh kusut....

Jadi sebagai permulaan,saye nak mengucapkan selamat mengorat kepada membe baik saye,Zarul Zahiddan( nak saye up link fesbuk sekali ke?? ) yang akan berangkat negeri Perak atas urusan kerje.
Saye berharap beliau akan tabah ketika berada di perantauan dan tidak bertindak nakal dengan melanggan prostitute atau gigolo ketika berada di sana.

p/s: nanti nanti la gua up care care nak menekel dan membuatkan makwe yang lu nak tu angau kat lu ye.Gua tengah nak ingat balik care carenye.
Pehhhhhhhhhhh..

Ahad, 9 Oktober 2011

Pengalaman

Saye ade pengalaman pedih lagi duka dalam hal hal jiwang ni.


Lain kali bila saye rajin saye cerita.

Khamis, 6 Oktober 2011

Kecoh

"Pelajar asyik tonton VCD lucah dicekup"-Kosmo,6/10/2011

Berita macam ni pun nak kecoh masuk suratkhabar.Kecoh kecoh.

Saye dulu mase nak SPM pun boleh layan DVD lucah.
Result ok je.Dapat jugak sambung belajar.

Isnin, 3 Oktober 2011

Hujan 2

Hujan hujan macam ni memang sedap kalau dapat pekena tidur.
Tidur yang lena sambil ditemani angin kipas yang sepoi sepoi dapat membangkitkan perasaan selesa bak terbang ke langit ke-7.
Andai bermimpi pula ketika tidur,itu semestinya mimpi yang penuh nikmat.
Sebagai tambahan,pekena tidur ketika senja adalah salah satu perkara yang paling power dan intelijen sekali.

Astaghfirullahallazim!!!
Ape mende saye merepek senja senja ni??

Ahad, 2 Oktober 2011

Bolasepak-Masalah dan Derbi Paling Power Sepanjang Zaman

"Hidup ini ibarat roda.Kadang kala kita di atas,kadang kala di bawah.Itulah resam hidup di dunia ini."

Siape punye ayat bangang sangat ni.Bagi saye,hidup saye sentiase berada di atas dan terus naik ke atas.
Kalau hidup jatuh ke bawah ape jadah nak hidup macam tu.
Ni mesti ade profesor bengap yang buat ayat pepatah tak pernah sekolah ni.
Bangang bangang.

Bagi saye,dapat menikmati hidup dengan penuh masalah dan dugaan adalah hidup yang paling power dan paling up sekali.Dan nak tau ape yang paling power kalau tengah tengah mengalami masalah hidup ini?
Mempersembahkan :

White Hart Lane,
Tottenham,London.
16.00 PM (Waktu England)

Restoran Mamak berhampiran kediaman anda,
Daerah sendiri,negeri sendiri.
11.00 PM (Waktu Malaysia)

Ini baru betul betul power.Yang lain lain tu game picisan.Tengok highlight je dah cukup.
Tu pun kalau main Fantasy EPL.

Jumaat, 30 September 2011

Firasat

Memang dah saye duga sejak pagi tadi.

Hari ni gaji masuk.

hehehehe.

Selasa, 27 September 2011

Bengap

Nampaknya semakin hari penyakit bengap ini semakin merebak.
Bukan setakat budak budak dan orang orang tua bengap sahaje yang bengap,tetapi penyakit bengap ini kian menular di kalangan golongan yang digelar cerdik pandai,cendiakawan,profesor,pensyarah,guru guru malah pemimpin pemimpin negara.

Memang dah komfem saye lah harapan terakhir umat di negara ini.

Isnin, 26 September 2011

Mencari Tapak

Saye sebetulnye sedang mencari tapak dalam bermain belok ni.
Kejadah ape tujuan saye bermain belok saye sendiri tak pasti tapi yang pastinye saye mempunyai cita cita yang tulus dan ikhlas untuk menjadi seorang penulis yang tidak profesional.

Dalam usaha dan perjalanan saye mencari tapak ini,saye berharap suatu hari nanti akan ade juga segelintir umat Adam yang terlihat dan sudi membace ape yang saya tulis di dalam belok ini biarpun ianya penuh dengan kosa kata yang tidak tepat dan tidak mempunyai sebarang maksud.

Memang mendalam sampai saye sendiri pun tak paham.

Sabtu, 24 September 2011

Kosong

Malam malam saye ketika ini penuh dengan kekosongan.Jika sebelum ini suasana ceria senantiasa memeriahkan suasana meja mamak tempat saye melepak,tetapi kini hanya tinggal bunyi air yang dihirup dan punat henset yang berbunyi tande sedang menggunakan khidmat wi-fi free di kedai mamak tersebut.

Tinggal berempat daripada ramai ramai itu hari memang menyebabkan rase janggal untuk berborak.
Kami lebih banyak termenung memandang skrin tv 32 inci di kedai mamak daripada berborak perkara perkara yang menarik seperti seks dan bolasepak.

Sampai bilakah keadaan seperti ini harus saye lalui.Rakan rakan yang berada diperantauan,tolonglah pulang ke pangkuan kami secepat yang mungkin.

Jumaat, 23 September 2011

Percutian

Saye ade merancang nak ambik cuti dan pergi bercuti.
Tapi bukan dalam mase terdekat ni.Mungkin dalam tahun 2012 kalau dunia tak berakhir lagi.
Pehhh percutian pantai mungkin percutian paling solid dan power untuk merehatkan minda dan jiwa.
Seluar pendek bunge bunge dengan baju kemeja tak berbutang.pehhhhh.

Rabu, 21 September 2011

Hujan

Malas saye nak beria ia sangat main belok ni.

macam tahik.

Selasa, 20 September 2011

Menyesal

Tengah hari tadi bos saye datang melawat tapak sempena kerja kerja mengonkrit tapak gerai baru.
Saye selaku kerani tapak yang tegas dan berdisiplin melayan bos saye ke hulu ke hilir melawat seluruh tapak.

Berbincang pasal gred konkrit,slump test,ujian kiub dan juga tembok penahan jenis gabion yang semakin senget itu membuatkan saye berasa bangge kerana merasakan diri ini seperti brader brader yang sangat berpengalaman dalam bidang kejuruteraan awam.

Sekitar jam 12.30 tengahari tadi,bos saye mengajak saye untuk melantak kerana memang standed la orang kerje tapak ni makan nye awal.kah kah kah.Yang penting bos saye belanje.kah kah kah.
Kami menaiki kereta bos saye,honda civic lebih kurang macam dalam gambar ni.


Dan untuk menunjukkan kepoweran dan kejakunan saye,panel meter nye macam ni


Pehhhhh.Setelah menaikinye,saye berasa cukup kagum dan terharu lantas hampir menitiskan air mate tande kagum.

Tetapi,disebalik rase kagum tersebut,terselit rase menyesal dalam hati saye.

"Kenapa la gua mintak Proton Saga FL kat bapak gua itu hari.Ape bangang gua tak mintak Honda Civic ni.Arghhhhhhhhhhhhhh...."

Isnin, 19 September 2011

Pagi

Pagi pagi lagi dah ade masalah dekat tempat kerja.
Masalah betul.

Nak berangan pun tak senang.Puihhhh

Ahad, 18 September 2011

Bolasepak-Diantara Kasihan dan Terer

Saye dengan ini menyatakan  rase simpati tahap tertinggi setinggi langit ke-4 terhadap pasukan Arsenal.

Diharap para penyokong Arsenal terutama di Malaysia akan terus tabah dalam menjalani hidup yang penuh dengan ranjau dan duri ini.



Kesian kesian!!!!

Sementara itu,


 Jelas jelas sape lagi power.

Sape ramal liverpool menang malam ni die gile.

Sementara itu,

Err..errrrr..game Manchester United lawan Chelsea???

Saye tak ambik tau sangat game kelab kelab picisan ni.

Selasa, 13 September 2011

Makan tengah hari

Nasi,ayam goreng kicap,kacang botol,sambal belacan.

Pehhhhhhhhh sape tak pernah makan macam saye makan ni memang tak pernah mengecapi nikmat hidup peringkat ke 34 .

Sabtu, 10 September 2011

Mood

Ini merupakan belok saye yang ketiga.2 belok sebelum ni tak menjadi.
Tak menjadi sebab saye malas update.Ape jadah lelaki garang macam saye tulis belok?
Tapi entah kenape,saye tetap menyimpan harapan untuk menulis belok.
Bagi saye menulis belok ni nampak setail.Saye banyak membace belok belok yang berunsur kelakar dan sarkasis.
Tapi orang macam saye ni tak cukup setail lagi nak menulis belok.Tulis pun ikut mood.
Dan nampaknye sekarang mood saye nak tulis belok dah datang balik.
Harap harap berkekalan mood ini untuk jagka mase yang lame.

Hai.

Hai.

Ini Belok Saye.Belok yang ditulis dengan sesuka hati.
Sila bace dengan sesuka hati.Tak berkenan tak payah bace.
Ape saye peduli.Bukan dapat duit pun tulis binatang ini.

Puihhhhhh.