Sejarah telah tertulis bahawa kami telah memulakan acara membakar ayam ni semenjak dari sebelum SPM lagi.
Tapi zaman tu bakar suke suke je pun.Tak terlintas lagi niat nak jadikan sebagai acara rasmi.
Dan kali ini,julung julung kalinya kami akan menukar menu barbeku kami daripada ayam kepada daging lembu.
Pehhhhhhhhh.
Entah jadi ke tidak.
Cara Buat BBQ (SOS) /REMPAH UNTUK DIJADIKAN BAHAN “MARINATE”
SOS BBQ (Basic)
Bahan-bahannya
1 biji bawang, dicincang halus
2 sudu besar minyak sayuran
2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula perang
4 sudu besar jus lemon
1 cawan sos tomato
3 sudu besar sos Worcestershire
1 sudu teh sos tobasco
garam secukup rasa
Cara-cara untuk buat BBQ.
Panasakan minyak dan tumis bawang sehingga kuning dan masukkan bahan-bahan yang lain. Reneh sos selama 30 min. Setelah sejuk masukkan kedalam belender untuk mendapatkan sos yang halus. Boleh digunakan untuk ayam, daging, rusuk sewaktu barbeku.
SOS PERAPAN YANG SESUAI UNTUK DAGING STEAK
(daging hendaklah diperab dengan sos sekurang-kurangnya 4 jam dan lebih baik semalaman)
Bahan-bahannya
1/3 cawan soya sauce
1/3 cawan minyak sayuran
2 sudu besar madu
2 sudu besar halia, diparut halus
1 ulas bawang putih, dicincang halus
Cara-caranya
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gunakan untuk perap daging steak yang hendak dibarbeku
kredit kepada : saye kopipes dari SINI.sekian terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ruang Merepek